TATACARA PERMOHONAN DAN PENILAIAN APEL.A
Permohonan
- Membuat permohonan di portal MQA https://www2.mqa.gov.my/apel_a/
- Mendaftar di Sistem Pengurusan APEL USAS (Pautan)
- Menghantar dokumen seperti salinan kad pengenalan/sijil diploma/transkrip yang telah disahkan kepada Pusat Penilaian APEL USAS menerusi emel admin.apel@usas.edu.my
- Log masuk di Portal Penilaian APEL USAS setelah menerima emel pemakluman keputusan saringan kelayakan calon oleh PPA USAS.
- Calon menjalani ujian aptitud mengikut tarikh yang dijadualkan.
- Calon menyediakan dokumen portfolio mengikut format yang ditetapkan.
- Calon memuat naik dokumen portfolio ke dalam Portal Penilaian APEL USAS setelah lulus ujian aptitud.
- PPA USAS memaklumkan tarikh temuduga kepada calon (calon APEL T-7 sahaja).
- Calon menyemak keputusan keseluruhan dalam Sistem Pengurusan APEL USAS.
- PPA USAS mengemukakan senarai calon yang lulus penilaian kepada MQA.
- MQA menghantar emel pemakluman lulus penilaian kepada calon.
- MQA mengeluarkan sijil APEL.A kepada calon.