Maklumat APEL.A

Maklumat APEL.A

Maklumat dan Penilaian

APEL.A didefinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu, seperti ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sikap bagi menentukan tahap di mana seseorang individu telah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan, sebagai akses kepada sesuatu program pengajian dan/atau penganugerahan kredit.

APEL.A memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Pemberi Pengajian Tinggi (PPT). Secara umumnya, penilaian APEL.A melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu.

STRUKTUR PENILAIAN

PERINGKAT SIJIL (APEL T-3)
DIPLOMA
(APEL T-4)
IJAZAH SARJANA MUDA (APEL T-6)
IJAZAH SARJANA
(APEL T-7)

Ujian Aptitud (APEL T-3)
· 40 soalan objektif (10 soalan setiap komponen Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pengetahuan Am/Pemikiran Kritis).
· Lulus minimum 50% daripada 40 soalan.
· Tahap Kesukaran Ujian – Peringkat UPSR dan PMR (Gred /Tahun 9) atau setara.

Penyediaan Portfolio Pemohon perlu menyediakan portfolio berdasarkan format di dalam Learner’s Handbook melalui pautan seperti di pautan.

Download Learner’s Handbook

Ujian Aptitud (APEL T-4)
· 40 soalan objektif (10 soalan setiap komponen Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pengetahuan Am/Pemikiran Kritis).
· Lulus minimum 50% daripada 40 soalan.
· Tahap Kesukaran Ujian – Peringkat PMR (Gred /Tahun 9) atau setara.

Penyediaan Portfolio Pemohon perlu menyediakan portfolio berdasarkan format di dalam Learner’s Handbook melalui pautan seperti di pautan.

Download Learner’s Handbook

Ujian Aptitud (APEL T-6)
· 40 soalan objektif (10 soalan setiap komponen Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pengetahuan Am/Pemikiran Kritis).
· Lulus minimum 50% daripada 40 soalan.
· Tahap Kesukaran Ujian – Peringkat SPM (Gred /Tahun 11) atau setara.
Penyediaan Portfolio Pemohon perlu menyediakan portfolio berdasarkan format di dalam Learner’s Handbook melalui pautan seperti di pautan.

Bagi pemohon bukan warganegara:Komponen Bahasa Melayu tidak akan diuji. Bilangan soalan yang tidak diuji di bawah komponen Bahasa Melayu akan ditambah ke dalam komponen Bahasa Inggeris.
· Bagi komponen Pengetahuan Am/Pemikiran Kritis, bahagian mengenai isu semasa akan memberi tumpuan kepada isu dalam konteks global.

Download Learner’s Handbook

Ujian Aptitud (APEL T-7)
Mod Kerja Kursus dan Campuran
· 75 soalan objektif dan 5 soalan struktur (sila rujuk “GGP APEL.A & APEL.M” untuk pecahan soalan bagi setiap komponen Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pengetahuan Am/Pemikiran Kritis)
· Lulus minimum 50% daripada keseluruhan soalan.
· Tahap Kesukaran Ujian – Setara dengan tahun pertama Ijazah Sarjana Muda.
Penyediaan Portfolio
· Calon perlu menghantar DUA (2) salinan yang telah dijilid kemas (contoh: comb binding). Setiap salinan dokumen yang disertakan perlu disahkan. Muat turun Borang Portfolio (APEL.A T-7). Sila rujuk format dan panduan berikut: APEL.A Learners Handbook

Nota: Bagi pemohon bukan warganegara:
· Komponen Bahasa Melayu tidak akan diuji. Bilangan soalan yang tidak diuji di bawah komponen Bahasa Melayu akan ditambah ke dalam komponen Bahasa Inggeris.
· Bagi komponen Pengetahuan Am/Pemikiran Kritis, bahagian mengenai isu semasa akan memberi tumpuan kepada isu dalam konteks global.
Mod Penyelidikan
· Pemohon perlu menyediakan Framework of Research Intent berdasarkan format di dalam GGP APEL.A & APEL.M melalui pautan seperti berikut: https://www2.mqa.gov.my/portalapela/dokumen/GGP_2023.pdf
· Pemohon perlu membentangkan Research Intent yang disediakan.

Temu Duga
· Berlangsung dalam tempoh 30 minit (bergantung kepada keadaan dan keperluan semasa sesi temu duga berlangsung).
· Berkisar kepada pengalaman bekerja dan bidang pengajian yang akan diikuti di institusi pengajian tinggi.

Muat turun Borang Portfolio (APEL.A T-7)